Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pemberitahuan.....



Salam sejahtera semua. Mekar ingin memaklumkan bahawa bermula 18 Januari 2011, blog whitepearl1400.blogspot.com telah berpindah secara rasminya kepada mymekar.com. Terima kasih atas kunjungan kalian semua.

Gulai Kalut, Langkawi

>> Friday, December 17, 2010


Hello..Hello.. semua. Mekar dan Mr suami turun Langkawi lagi minggu ni. Dan sudah semestinya kami tak akan lupa untuk singgah makan kat Restoran Gulai Panas ini yang menghidangkan menu istimewanya iaitu Gulai Kalut. Lokasi restoran ini terletak berdekatan dengan Airport Langkawi. Kenapa di panggil gulai kalut? Menurut cerita yang Mekar dengar dari orang-orang sini kata masakan gulai ini di masak dalam keadaan tergesa-gesa atau nak cepat sudah atau bahasa utaranya "kalut".  

Pilih ikan-ikan kegemaran anda untuk dimasak gulai
 Restoran yang beroperasi hanya pada waktu malam ini yang menghidangkan menu popularnya iaitu gulai kalut iaitu dengan menggunakan beberapa  jenis ikan. Pelanggan hanya perlu pilih ikan segar yang tersedia di sini kemudian mereka akan menyediakan gulai kalut seperti yang diminta. Selalunya kalau kita mahu menyediakan gulai kari akan mengambil masa yang agak panjang, tetapi di sini kita tidak perlu menunggu hidangan sampai lewat kerana kuah gulainya telah disiapkan lebih awal. Kemudian barulah bahan seperti ikan akan dimasukkan dalam gulai sekiranya ada permintaan pelanggan.

Inilah gulai kalut yang kami order setiap kali mai sini.  Rasanya memang betul-betul pior masakan kari melayu asli. (bukan rasa kari mamak). Ditambah pula dengan kehadiran ikan-ikan yang lembut dan segar dari ladang. Opp.. bukan ladang. ikan tu dari laut la cik mekar.
Ini pulak gulai kalut kepala ikan. Di nasihatkan anak-anak yang masih bersekolah di larang meng order ikan posisi kepala ni takut nanti melemahkan proses pembelajaran kalian.
Telur ikan pun ada...!!
Selain dari gulai kalut, terdapat juga pelbagai jenis ulaman kampung untuk menambah selera pengunjung ke sini.
Masakan berasakan kari ini merupakan makanan kegemaran mr suami. Dia pantang nampak lauk kari pasti terbuka seleranya. Mekar dulu tak berapa gemar gulai kari tapi sekarang tidak lagi kerana dah terikut-ikut selera mr suami.

Kesimpulannya, walaupun gulai ini dimasak dalam keadaan kelam-kabut, tetapi keenakan rasa dan aromanya menyentapkan selera kami untuk selalu singgah di sini lagi. Jadi, apa tunggu lagi geng... jom singgah.

Read more...

Asal-usul Bulan-Bulan Dalam Islam

>> Tuesday, December 7, 2010

SELAMAT TAHUN BARU 1432 HIJRAH
Salam 1 Muharam 1432 Hijrah semua. Buat apa cuti tahun baru ni? Duduk lepak2 kat rumah sajakah atau berjalan di pusat membeli-belah ataupun menghadiri majlis berkaitan Maal Hijrah ? Mmm.. Tak kira apa yang anda lakukan, hari ni mekar nak kongsi cerita tentang maklumat yang di baca di internet berkenaan dengan Takwim Hijrah. 

Apa itu Takwim Hijrah? Takwim Hijrah atau Takwim Islam merupakan takwim yang digunakan di kebanyakan negara umat Islam untuk menentukan hari kebesaran Islam. Ia merupakan sejenis kalendar berdasarkan bulan dan mempunyai kira-kira 354 hari setahun.

Dalam takwim Hijrah, terdapat 12 bulan. Setiap bulan mengandungi 29 atau 30 hari, tetapi lazimnya tidak dalam turutan yang tetap. Secara tradisinya, hari pertama setiap bulan akan bermula setelah anak bulan (hilāl) kelihatan ketika matahari terbenam. Jika hilāl tidak kelihatan selepas 29 hari pada bulan tersebut, sama ada dilindungi awan atau langit di ufuk barat terlalu terang apabila bulan terbenam, maka, hari tersebut dikira sebagai hari yang ke-30.

Berikut adalah nama bulan Islam dan asal-usulnya (yang kebanyakannya muncul sebelum Islam lagi). Kebanyakan nama tersebut timbul sempena cuaca ketika suatu peristiwa besar berlaku ataupun sempena peristiwa besar tersebut. Walau bagaimanapun, oleh kerana semuanya adalah nama bulan dan bulan berubah 11 hari lebih awal setiap tahun, maka, musim atau peristiwa asal tidak begitu mempengaruhi nama sesetengahnya kini.

1.Muharam al-Haram (dipendekkan kepada Muharram – محرّم)
Bulan ini mengambil perkataan "Haram" yang bermaksud terlarang. Ini disebabkan budaya atau tradisi Arab mengharamkan sebarang peperangan pada bulan ini. Selepas munculnya Islam, Allah meneruskan budaya ini lantas menjadi satu antara empat bulan haram dalam Islam.

2.Safar (ﺻﻔﺮ)
Perkataan in bermaksud tiupan angin. Ketika nama tersebut mula diguna pakai, kemungkinan yang ketika itu adalah waktu yang berangin. Safar juga menunjukkan yang masyarakat Arab (badwi) meninggalkan rumah mereka.

3.Rabiulawal (ﺭﺑﻴﻊ ﺍﻷﻭﻝ)
Bulan pertama musim bunga iaitu masa ketika bulan tersebut dinamakan.

4.Rabiulakhir (ﺭﺑﻴﻊ ﺍﻷﺧﻴﺮ/'ﺭﺑﻴﻊ ﺍﻟﺜﺎﻧﻲ)
Bulan kedua musim bunga.

5.Jamadilawal (ﺟﻤاﺪ ﺍﻷﻭﻝ)
Bulan pertama musim panas. "Jumada" bermaksud kering.

6.Jamadilakhir (ﺟﻤاﺪ ﺍﻷﺧﻴﺭ/ﺟﻤاﺪ ﺍﻟﺜﺎﻧﻲ)
Bulan kedua musim panas. Jamada, juga bulan yang lain juga lebih sejuk, yang membawa maksud telaga menyejuk adalah suatu yang biasa ketika itu.

7.Rejab (ﺭﺟﺐ)
Satu lagi bulan suci yang mengharamkan perlawanan atau peperangan dan salah satu bulan yang dihormati. Ia juga dikenali sebagai Rajab al Fard. Fard bermaksud keseorangan; kerana tiga bulan suci yang lain berada jauh dan berturutan berbanding Rejab di tengah-tengah.

8.Syaaban (ﺷﻌﺒاﻦ)
Bulan ini terbit dari perkataan "syu'ba", bermaksud berpecah/menyimpang. Masyarakat Arab dahulu sering keluar dan berpecah untuk mencari air.

9.Ramadan (ﺭﻣﻀاﻦ)
Diambil daripada perkataan "ramda", yang bermaksud batu panas. Ini menceritakan ketika nama tersebut diberikan, keadaan amat panas ketika itu.

10.Syawal (ﺷﻮﺍﻝ)
Diambil daripada perkataan yang membawa maksud, apabila unta betina bunting. Ketika nama bulan ini diberikan, lazimnya unta betina bunting pada ketika itu.

11.Zulkaedah (ﺫﻭ ﺍﻟﻘﻌﺪة)
Diambil daripada perkataan "qa'ada" bermaksud untuk duduk. Inilah bulan suci ketiga yang mengharamkan sebarang pertempuran. Kebanyakan orang juga mula menghentikan aktiviti perniagaan mereka untuk duduk dan bersedia untuk menunaikan Haji.

12.Zulhijah (ﺫﻭ ﺍﻟﺤﺠة)
Ini adalah bulan suci terakhir dalam setahun dan dilarang melakukan sebarang pertempuran kerana pada bulan ini, haji dilaksanakan. Perkataan tersebut juga mengambil perkataan "haji" sebagai rujukan nama bagi bulan haji ini.

sumber : SINI

Read more...

Ayu Mee Udang

>> Thursday, November 25, 2010

Salam semua. Hari ni mekar nak kenalkan satu lagi tempat makan sedap di Penang iaitu di Restoran Ayu Mee Udang yang berlokasi di Teluk Kumbar. Selain makanan yang menyelerakan, kedai makan ini juga sangat bersih dan kemas. Biasanya mekar akan singgah sini jika restoran "Salwa Mee Udang" tutup. Lihat entri terdahulu di SINI.
Tengok la udang dia, masih fresh dan gebu. Rasa sweet aje bila makan udang segar ni. Ada beberapa menu yang disediakan di restoran ini tetapi yang mekar pernah cuba hanya mee udang dan nasi goreng udang. Best arr...
Cerita banyak tak guna juga. Kalau dah terliur jom la cuti-cuti malaysia ke Pulau Pinang sempena cuti sekolah ni dan selamat menjamu selera di sini.


Dekat Penang ni memang banyak betul restoran yang menyediakan menu mee udang. Maklum la, negeri ini di kelilingi lautan membiru. Jadi senang benar untuk mereka dapatkan hasil laut yang segar. Dan sudah semestinya dalam banyak-banyak kedai ni mungkin ada 2 atau 3 restoran saja yang dapat memenuhi selera tekak kita. Oleh itu, untuk memudahkan pencarian anda, mekar akan sentiasa update kan tempat2 makan yang "best" dlm blog ni. Tunggu aje ya.

Read more...

Majlis Perkahwinan Azam & Shuhada

>> Monday, November 22, 2010

Tanggal 20 November baru-baru ni, selesai sudah majlis kenduri kahwin adik lelaki  Mekar yang bernama Azam bersama pasangannya Shuhada. (Majlis nikah mereka telah berlangsung pada 5 November  di Gombak). Shuhada merupakan adik ipar pertama Mekar. Alhamdulilah semuanya berjalan lancar. Segala penat lelah keluarga Mekar telah pun selesai dengan berakhirnya majlis ini.  Yang seronoknya, walaupun adik Mekar yang kahwin tapi Mekar pun dapat hadiah kahwin juga pada hari tersebut. Terima kasih Pok Die kerana mengingati anak saudaramu ini :-)

 Inilah Goodies yang Mekar sponser untuk kenduri tersebut. Mekar tempah di SINI.

Sweetnya hadiah pemberian Pok Die. Mekar sangat menghargainya. 

Read more...

Nasi Dalca Bawang

>> Monday, October 25, 2010


Jom jalan-jalan cari makan lagi !!. Orang2 Penang mungkin dah tahu tempat ni. Kali ni kite nak kenalkan (kpd pengunjung baru tiba Penang) satu lagi tempat makan yang boleh membuka selera kalian semua. Sebuah warung kecil yang terletak di Bayan Lepas, Penang (berhadapan klinik kesihatan BL) yang bernama Nasi Dalca Bawang. Tempat makan ni diperkenalkan oleh seorang tokey Restoran Atta Nasi Kandar d Penang juga.


Apa yang special di sini ek..? Mmm.. pada pendapat kite specialnya makan di sini kerana nasi minyak nya di tabur dengan bawang goreng garing. Nasi yang tidak terlalu berminyak & ini dapat mengelakkan rasa cepat muak.

Dan sudah semestinya lauk utama adalah dalca. Kuahnya sedikit cair tapi  rasa lemak dan rempahnya tetap terasa umpp.


Ada banyak lagi lauk-lauk lain yang pasti dapat menambat selera pengunjung ke warung ini. Termasuklah ayam goreng rempah, daging masak kicap dan lain2 lagi.


Untuk pengetahuan kalian juga warung ini dibuka pada waktu petang dan habis licin sebelum lewat malam. Harga makanan di sini juga sangat berpatutan. Semua lauk di atas bersama 2 bungkus nasi berharga tak sampai RM 30. 

Mmmm.. apa macam semua? Dah ada idea nak singgah sini bila turun Penang nanti? Ok,..Selamat menjamu selera ya.

Read more...

Doa Yang Tidak Diperkenankan

>> Friday, October 15, 2010

Mencari Yang Halal itu FARDU

"Saya telah banyak berdoa. Saya tidak putus berdoa. Tetapi mengapa Allah tidak perkenankan doa saya?"

Ini antara keluhan yang mungkin pernah kita dengar. Mengapa doa tidak termakbul? Mungkin elok kita nilai semula mengenai hal ini. Berdoa tidak boleh dilakukan sembarangan tetapi perlu mematuhi adab dan syarat tertentu. Berdoa sambil lewa dan menganggap bahawa berdoa adalah usaha yang remeh adalah orang yang doanya jarang-jarang dikabulkan sehingga kemudian timbul prasangka buruk kepada Allah.

Selain itu, jangan ambil remeh aspek pemakanan. Memakan makanan yang halal dan baik merupakan salah satu bentuk ketaatan kepada Allah. Apabila seorang Muslim selalu taat kepada Allah dalam segala perkara dan sentiasa berada dalam kebenaran, Insyaallah segala apa yang dipohon akan dikabulkan Allah.

Yang tidak kurang utama, berdoalah dengan penuh keyakinan, harapan dan rasa takut. Merendahkan diri dengan suara yang lirih, tenang, tidak tergesa-gesa, penuh khusyuk dan tahu akan hakikat yang diminta. Ini berdasarkan firman Allah yang bermaksud:

"Berdoalah kepada Tuhanmu dengan merendah diri dan suara yang lembut..." (Surah al-A'raf:55)

Ini menepati sabda Rasulullah SAW daripada Abu Hurairah yang bermaksud: "Hai manusia, sesungguhnya Allah itu baik. Dia tidak menerima sesuatu melainkan yang baik. Dan sesungguhnya Allah telah memerintahkan kepada orang-orang Mukmin seperti yang diperintahkan-Nya kepada para Rasul. Firman-Nya: "Wahai para Rasul, makanlah makanan yang baik-baik (halal) dan kerjakanlah amal soleh. Sesungguhnya Aku Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan." (al-Mukminun:51) "Wahai orang-orang yang beriman, makanlah rezeki yang baik-baik yang telah kami rezekikan kepadamu..." (al-Baqarah: 172). Kemudian Rasulullah menceritakan tentang seorang lelaki yang telah lama berjalan dan kerana jauhnya perjalanan yang ditempuh sehingga rambutnya kusut masai dan berdebu. Orang itu menadah tangannya ke langit dan berdoa: "Wahai Tuhanku! Wahai Tuhanku!" Padahal makanannya daripada barang haram, minumannya daripada yang haram, pakaiannya daripada yang haram dan dia diasuh dengan makanan yang haram. Maka bagaimanakah Allah akan memperkenankan doanya?"  (Riwayat Muslim)

Seperkara yang perlu anda ingat, doa mungkin tidak segera dimakbulkan, tetapi percayalah jika betul caranya, akan tetap ada keberkatannya. Rasulullah pernah bersabda yang bermaksud,

"Tiada seorang pun yang berdoa kepada Allah dengan suatu doa, kecuali dikabulkan-Nya dan dia memperoleh salah satu daripada tiga keadaan, iaitu dipercepatkan penerimaan doanya di dunia, disimpan (ditunda) untuknya sampai di akhirat atau diganti dengan mencegahnya daripada musibah (bencana) yang serupa." (Riwayat at-Tabrani)

Sumber : fazakkeer

Read more...

Hammer Bay Ikan Bakar

>> Wednesday, October 13, 2010

Minggu lepas ada di Penang. Kite dan suami ronda-ronda sedut angin sampai sebu perut. Tup-tup terjumpa satu tempat makan ni. Namanya Hammer Bay ikan Bakar yang lokasinya adalah di..... x ingat kawasan mana tapi berdekatan dengan Queensbay Mall. 

Pandangan arah depan restoran ada simbolik gambar ikan.

Ini adalah ruang tempat makan restoran. Waktu kami sampai, orang masih belum ramai lagi. Luas betul kawasannya.

Kami duduk menghadap laut bersaksikan Jambatan Pulau Pinang. hehe...

Ini antara juadah yang kami order. Ikan masak apa ntah... rasanya masam2 sikit.
Menu berasaskan sayur menjadi kemestian dalam meng'order' makanan.

Dan sudah semestinya kami order ikan dan sotong bakar. Cuma sambal yang menyaluti seafood ini agak pedas sikit. Semua juadah ni kami santap dengan nasi. Gambar nasi xyah letak lah eh. Kesimpulannya makan kat sini biasa-biasa aje pada pendapat kite. Olehitu 3* sahaja dapat diberi. Selamat menjamu selera.

Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  © Blog Design by Simply Fabulous Blogger Templates

Back to TOP